Dasar Privasi WebLink 

Tarikh Kuat Kuasa: 1 Januari 2022  | Kemaskini Terakhir Pada: 1 Mac 2024

Abalta Technologies Inc. dan syarikat-syarikat subsidiarinya, Abalta Technologies, EOOD (secara kolektif, “Abalta”, ataukami”) mengambil prihatin terhadap privasi anda. Terima kasih kerana sudi mengambil masa untuk membaca dasar privasi kami (“Dasar Privasi”).

Apabila anda menggunakan aplikasi mudah alih ‘WebLink® Host’ (“Aplikasi WebLink Host”) dan laman web ‘WebLink’ (https://helloweblink.com/, “Laman Web”) kami, kami mungkin mengumpul and memproses data peribadi berkaitan anda. Dasar Privasi ini merupakan ringkasan amalan privasi kami dan hak-hak anda yang berkaitan. Sekiranya amalan privasi kami untuk aplikasi tertentu berbeza daripada yang dijelaskan dalam Dasar Privasi ini, kami akan memberitahu anda pada masa kami meminta atau mengumpul maklumat anda.

Abalta memproses data peribadi mengikut semua undang-undang privasi dan perlindungan data yang terpakai, termasuk Peraturan Perlindungan Data Umum Kesatuan Eropah (General Data Protection Regulation, Regulation (EU) No. 2016/279 of 27 April 2016) tentang perlindungan bagi orang sebenar mengenai pemprosesan data peribadi dan pergerakan bebas data tersebut (“GDPR”), GDPR seperti yang dipindahkan ke dalam undang-undang nasional United Kingdom melalui kuat kuasa seksyen 3 Akta Kesatuan Eropah (Pengeluaran) 2018 (European Union (Withdrawal) Act 2018) (“UK GDPR”) serta Akta Privasi Pengguna California 2018 (California Consumer Privacy Act of 2018)(“CCPA”).

Sila baca Dasar Privasi ini dengan teliti untuk memahami dasar dan amalan kami mengenai data peribadi anda dan cara kami akan memprosesnya. Kami mungkin membuat perubahan kepada Dasar Privasi dari semasa ke semasa. Oleh itu, kami menggalakkan anda menyemak Dasar Privasi secara berkala untuk mendapatkan kemas kini.

Sila gunakan pautan-pautan berikut untuk menuju ke bahagian yang anda minati dalam Dasar Privasi ini.

  1. Pengawal Data
  2. Data Peribadi yang Kami Kumpul Tentang Anda
  3. Tujuan Pemprosesan Data Peribadi
  4. PerkongsianData Peribadi Anda
  5. Modul Aplikasi Web oleh Pihak Ketiga
  6. Pautan-pautan Pihak Ketiga
  7. Penyimpanan Data
  8. Kanak-kanak
  9. Pemindahan Antarabangsa
  10. Hak-hak dan Pilihan Anda
  11. Keselamatan Data
  12. Perubahan kepada Dasar Privasi ini
  13. Pendedahan Tambahan untuk Penduduk Australia
  14. Pendedahan Tambahan untuk Penduduk Brazil
  15. Pendedahan Tambahan untuk Penduduk California
  16. Pendedahan Tambahan untuk Penduduk India
  17. Pendedahan Tambahan untuk Penduduk Indonesia
  18. Pendedahan Tambahan untuk Penduduk Jepun
  19. Pendedahan Tambahan untuk Penduduk Malaysia
  20. Pendedahan Tambahan untuk Penduduk Mexico
  21. Pendedahan Tambahan untuk Penduduk Thailand
  22. Hubungi Kami

1. Pengawal Data

Abalta Technologies, Inc. (address: 3655 Nobel Drive, Suite 550, San Diego, CA 92122) merupakan pengawal data yang bertanggungjawab atas data peribadi anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini, termasuk sebarang permintaan untuk melaksanakan hak undang-undang anda, sila hubungi entiti Abalta yang berkenaan di bahagian Hubungi Kami.

2. Data Peribadi yang Kami Kumpul Tentang Anda

Data peribadi bermaksud sebarang maklumat mengenai seseorang individu di mana individu tersebut boleh dikenal pasti, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Data peribadi tersebut tidak termasuk data di mana identiti individu telah disingkirkan (data tanpa nama atau ‘anonymized data’), yang boleh kami gunakan untuk sebarang tujuan. Kami mungkin mengumpul pelbagai jenis data peribadi tentang anda yang telah kami kumpulkan seperti berikut:

  • Data Identiti atau Hubungan: data peribadi yang merangkumi IDapp-instance’, ID Pengiklanan (IDFA di iOS dan ADID di Android), alamat Internet Protocol (IP) atau sebarang pengecam yang serupa. Apabila anda menghubungi kami tentang perkhidmatan WebLink® melalui email, telefon atau melalui Borang Permintaan Subjek Data (Data Subject Request Form) atau borang Hubungi Kami, kami juga mungkin mengumpul maklumat seperti nama pertama, nama keluarga, dan maklumat hubungan anda seperti alamat emel dan nombor telefon.
  • Data Komunikasi: data peribadi yang terkandung dalam apa jua komunikasi anda dengan Abalta, termasuk dalam borang hubungi kami, komunikasi e-mel.
  • Data yang Dikumpul Secara Automatik daripada pengguna-pengguna Aplikasi WebLink Host dan Pengguna-pengguna Laman Web: data peribadi yang merangkumi pengecam, butiran penggunaan, alamat IP, maklumat peranti, maklumat penyemak imbas, maklumat bahasa, demografi pengguna, dan anggaran geolokasi yang dikumpul melalui kuki. Kami juga mungkin mengumpul data demografik yang tertentu seperti julat umur, jantina dan minat anda, yang dikumpul melalui Google Analytics for Firebase (Aplikasi WebLink Host) atau Google Analytics (Laman Web). Untuk butiran lanjut, sila lihat bahagian Pengumpulan Data Automatik.
  • Data Peranti: data peribadi yang merangkumi maklumat perkakas peranti, sistem operasi, maklumat platform, jenis penyemak imbas, maklumat bahasa, dan pengesetan bahasa peranti.
  • Data Penggunaan: data peribadi yang merangkumi maklumat tentang cara anda menggunakan perkhidmatan WebLink.
  • Data Lokasi: data peribadi yang merangkumi maklumat geolokasi anda, termasuk negara/bandar anda sedang menetap. Kami tidak mengumpul lokasi tepat anda.

Data Agregat

Kami juga mungkin mengumpul, menggunakan, memproses dan berkongsi data agregat seperti data statistik atau demografi untuk sebarang tujuan (“Data Agregat” atau ‘Aggregated Data’). Data Agregat boleh diperoleh daripada data peribadi anda tetapi tidak dianggap sebagai data peribadi kerana data ini tidak akan mendedahkan identiti anda secara langsung atau tidak langsung. Contohnya, kami mungkin mengagregatkan Data Penggunaan anda untuk mengira peratusan pengguna yang mengakses aplikasi atau ciri tertentu pada WebLink®. Namun, sekiranya kami menggabungkan atau menyambungkan Data Agregat dengan data peribadi anda supaya ia boleh mengenal pasti anda secara langsung atau tidak langsung, kami menganggap data gabungan tersebut sebagai data peribadi yang akan digunakan selaras dengan Dasar Privasi ini.

Kami tidak mengumpul sebarang kategori khas data peribadi sensitif tentang anda (ini termasuk butiran tentang bangsa atau etnik, kepercayaan agama atau falsafah, kehidupan seks, orientasi seksual, pendapat politik, keahlian kesatuan sekerja, maklumat tentang kesihatan, data genetik dan biometrik anda, dan data geolokasi yang tepat). Kami juga tidak mengumpul sebarang maklumat tentang sabitan dan kesalahan jenayah.

3. Tujuan Pemprosesan

Jadual di bawah menyatakan:

  • tujuan kami memproses data peribadi anda;
  • justifikasi undang-undang kami (setiap satu dirujuk sebagai ‘asas undang-undang’) di bawah GDPR dan UK GDPR, untuk setiap tujuan; dan
  • kategori-kategori data peribadi yang kami gunakan untuk setiap tujuan. Sila baca lebih lanjut mengenai kategori-kategori tersebut di bahagian 2 (Data Peribadi yang Kami Kumpul Tentang Anda).

Berikut adalah penjelasan umum bagi setiap ‘asas undang-undang’ untuk membantu anda memahami jadual ini:

  • Pelaksanaan Kontrak: Apabila diperlukan bagi Abalta (atau pihak ketiga) untuk memproses data peribadi anda untuk:
    • mematuhi kewajipan di bawah kontrak dengan anda, atau
  • Untuk mengesahkan maklumat sebelum kontrak baru dengan anda bermula.
  • Kepentingan Sah: Apabila Abalta atau pihak ketiga mempunyai kepentingan dalam menggunakan data peribadi anda dengan cara tertentu, yang diperlukan dan dibenarkan mengambil kira sebarang risiko yang mungkin berlaku kepada anda dan pengguna perkhidmatan Abalta lain. Sebagai contoh, menggunakan Data Penggunaan anda untuk meningkatkan perkhidmatan atau penyelesaian Abalta bagi semua pengguna. Hubungi kami jika anda ingin memahami justifikasi tertentu.
  • Persetujuan: Apabila Abalta meminta anda untuk menyatakan persetujuan anda secara aktif kepada penggunaan data peribadi anda oleh Abalta untuk tujuan tertentu.
  • Pematuhan Kewajipan Undang-undang: Apabila Abalta perlu memproses data peribadi anda untuk mematuhi undang-undang.

Tujuan kami memproses data anda  Asas Undang-Undang bagi Pemprosesan  Kategory data peribadi yang digunakan untuk tujuan tersebut  
Untuk membalas komen, permintaan, soalan dan pertanyaan anda yang anda hantar melalui e-mel atau telefon atau melalui Borang Permintaan Subjek Data kami atau borang hubungi kami pada Laman Web kami.  Kepentingan sah 
  • Data Identiti atau Kenalan 
  • Data Komunikasi 
  • Data Penggunaan 
  • Data Peranti 
Untuk berkomunikasi dengan anda berkenaan komen, permintaan, soalan dan pertanyaan yang anda berikan melalui emel atau telefon, atau melalui Borang Permintaan Subjek Data kami atau borang ‘hubungi kami’ pada Laman Web kami.     

Ini mungkin melibatkan: 

  • memaklumkan anda tentang produk, perkhidmatan, dan aktiviti promosi Abalta yang mungkin menarik minat anda; 
  • menjawab pertanyaan anda, termasuk permintaan khidmat pelanggan; 
  • menjawab pertanyaan privasi anda; dan 
  • menjemput anda untuk mengambil bahagian, atau memaklumkan anda tentang keputusan tinjauan penyelidikan kepuasan pelanggan atau pasaran. 
Kepentingan sah 
  • Data Identiti atau Kenalan 
  • Data Komunikasi 
  • Data Penggunaan 
  • Data Peranti 
Untuk membekalkan perkhidmatan WebLink®.  Pelaksanaan kontrak dengan anda 
  • Data Identiti atau Kenalan 
  • Data Komunikasi 
  • Data Penggunaan 
  • Data Peranti 
Untuk menambahbaik dan membangunkan perkhidmatan WebLink®. 

Ini termasuk: 

  • menyesuaikan perkhidmatan tersebut dengan keutamaan atau minat anda, membuat perkhidmatan tersebut lebih serasi dengan teknologi terkini, atau sebaliknya membuat perkhidmatan tersebut lebih mudah digunakan; 
  • mengekalkan keselamatan dan melindungi perkhidmatan tersebut; dan 
  • membangunkan laman web, produk, dan perkhidmatan baru.  
Kepentingan sah 
  • Data Identiti atau Kenalan 
  • Data Komunikasi 
  • Data Penggunaan 
  • Data Peranti 
  • Data yang Dikumpul Secara Automatik 
  • Data Lokasi 
Untuk membekalkan dan menambahbaik Laman Web kami.  Kepentingan sah 
  • Data Identiti atau Kenalan 
  • Data Komunikasi 
  • Data Penggunaan 
  • Data Peranti 
  • Data yang Dikumpul Secara Automatik 
  • Data Lokasi 
Untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yang anda minati kepada anda 
  • Persetujuan 
  • Kepentingan sah (jika berkenaan dan jika undang-undang yang terpakai tidak memerlukan persetujuan) 
  • Data Identiti atau Kenalan 
  • Data Penggunaan 
Untuk melaksanakan tinjauan dan menjalankan penyelidikan.  Persetujuan atau kepentingan sah berdasarkan matlamat yang dinyatakan (di mana skop tersebut tidak termasuk kategori khas Data Peribadi ) 
  • Data Identiti atau Kenalan 
  • Data Penggunaan 
Untuk menubuhkan, melaksanakan, atau membela tuntutan undang-undang. 

Contohnya, jika kami terlibat dalam litigasi dan kami perlu memberikan maklumat kepada peguam kami berkenaan kes undang-undang tersebut. 

 

Ini termasuk: 

  • mematuhi kewajipan kami untuk menyimpan rekod perniagaan tertentu sepanjang tempoh penyimpanan minimum; 
  • menubuhkan, melaksanakan, atau membela tuntutan undang-undang; 
  • mematuhi undang-undang, peraturan, perintah mahkamah, atau proses undang-undang lain; 
  • mengesan, mencegah, dan membalas kepada tuntutan penipuan atau pelanggaran hak cipta, pelanggaran kontrak atau perjanjian kami, pelanggaran undang-undang, atau penyalahgunaan laman web, produk, atau perkhidmatan kami yang lain; dan 
  • melindungi hak atau harta Abalta, atau kesihatan, keselamatan, kesejahteraan, hak, atau harta anda atau orang lain. 
Kepentingan Sah 

Kepentingan sah kami di sini termasuk: 

  • mendapatkan nasihat undang-undang 
  • melindungi diri kami, pengguna kami, atau pihak lain dalam prosiding undang-undang 
  • Data Identiti atau Kenalan 
  • Data Komunikasi 
  • Data Penggunaan 
  • Data Peranti 
  • Data yang Dikumpul Secara Automatik 
  • Data Lokasi 
Untuk mematuhi kewajipan undang-undang yang terpakai kepada kami. 

Ini mungkin termasuk: 

  • suatu kewajipan di bawah undang-undang negara / wilayah anda berada, atau 
  • undang-undang EU yang terpakai kepada kami 
Pematuhan kewajipan undang-undang 
  • Data Identiti atau Kenalan 
  • Data Komunikasi 
  • Data Penggunaan 
  • Data Peranti 
  • Data yang Dikumpul Secara Automatik 
  • Data Lokasi 
Untuk memastikan perkhidmatan dan penyelesaian Abalta selamat dan untuk mengesan dan mencegah penipuan. 

Contohnya, apabila kami menganalisis Data Penggunaan untuk menyemak penggunaan penipuan terhadap perkhidmatan dan penyelesaian kami. 

Kepentingan Sah 

Kepentingan sah kami di sini termasuk melindungi perkhidmatan dan penyelesaian Abalta serta pengguna kami daripada penipuan dan aktiviti yang menyalahi undang-undang. 

  • Data Identiti atau Kenalan 
  • Data Penggunaan 
  • Data Peranti 
  • Data yang Dikumpul Secara Automatik 
  • Data Lokasi 

Selain itu, kami mungkin akan memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

  • Untuk apa-apa cara lain yang mungkin kami terangkan apabila anda memberikan data peribada anda.
  • Untuk sebarang tujuan lain, dengan persetujuan anda.
  • Abalta boleh menyahnamakan atau mengagregatkan mana-mana data yang kami kumpul dan menggunakannya untuk sebarang tujuan, termasuk penyelidikan dan pembangunan produk. Data sedemikian tidak akan mengenal pasti anda secara individu.

4. Bagaimana Kami Mengumpul Data Peribadi Anda

Kami menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul maklumat daripada dan tentang anda, termasuk melalui:

  • Interaksi Secara Langsung. Anda mungkin memberikan kami maklumat tentang anda melalui interaksi secara langsung melalui Borang Permintaan Subjek Data kami atau laman Hubungi Kami pada Laman Web kami atau dengan berkomunikasi dengan kami melalui emel atau telefon atau melalui Borang Permintaan Subjek Data kami.
  • Pengumpulan Data Automatik pada WebLink. Aplikasi WebLink Host dan Laman Web kami menggunakan teknologi pengumpulan data yang automatik untuk mengumpul data peribadi anda dan membezakan anda daripada pengguna yang lain dan membekalkan perkhidmatan yang diperibadikan.

Kami juga menggunakan ‘Google Analytics’ untuk ‘Firebase dan ‘Firebase Crashlytics’, perkhidmatan yang dibekalkan oleh Google LLC (secara kolektif, “Firebase Services”). Firebase Services menggunakan pengecam ‘app-instance’ – suatu nombor yang dijana secara rawak yang mengecam pemasangan aplikasi mudah alih yang unik, pengecam pemasaran (IDFA di iOS dan ADID di Android) dan pengecam lain yang serupa. Selain pengecam-pengecam tersebut, Firebase Services juga mengumpul dan menghantar data peranti, alamat IP, data pengunaan aplikasi dan log ranap aplikasi kepada Google LLC. Data yang dikumpul oleh Firebase Services akan dieksport ke dan disimpan dalam ‘BigQuery’, suatu perkhidmatan Google yang lain. Data yang dikumpul akan digunakan untuk menganalisis bagaimana anda menggunakan perkhidmatan WebLink® dan demografik data anda serta untuk menambahbaik dan membangunkan perkhidmatan WebLink®.

Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana Google menggunakan maklumat daripada Aplikasi WebLink Host, sila layari https://www.google.com/policies/privacy/partners/.

Anda boleh memilih keluar daripada ciri-ciri Firebase tertentu melalui pengesetan peranti yang terpakai. Untuk butiran lanjut, sila layari https://thenai.org/opt-out/mobile-opt-out/.

  • Pengumpulan Data Automatik pada Laman Web Kami. Laman Web kami menggunakan teknologi pengumpulan data yang automatik bagi membezakan anda daripada pengguna-pengguna Laman Web yang lain. Ini membantu kami untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik dan diperibadikan apabila anda melayari Laman Web kami. Ini juga membolehkan kami untuk menambahbaik Laman Web kami dengan membolehkan kami:
  • Menganggar saiz khalayak kami dan corak penggunaan.
  • Menyimpan pilihan anda, supaya kami boleh menyesuaikan Laman Web kami mengiku minat individu anda.
  • Mengenali anda apabila anda kembali ke Laman Web kami.

Laman Web kami menggunakan kuki yang disediakan oleh Google Analytics untuk mengumpul maklumat seperti kekerapan pengguna melayari Laman Web kami, halaman yang mereka layari apabila mereka berbuat demikian, dan halaman lain yang mereka layari sebelum melayari Laman Web kami. Kami hanya menggunakan maklumat yang kami peroleh daripada Google Analytics untuk menambahbaik Laman Web dan perkhidmatan-perkhidmatan kami. Untuk maklumat lanjut mengenai cara Google menggunakan dan memproses data, sila layari https://www.google.com/policies/privacy/partners/

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Dasar Kuki Abalta yang dipautkan di sini.

5. Perkongsian Data Peribadi Anda

Abalta mungkin berkongsi data peribadi anda dengan penerima-penerima berikut, dalam keadaan tersebut Abalta akan memastikan kesempurnaan, ketepatan, dan ketekalan data peribadi anda.

Kategori penerima-penerima  Kategori data peribadi   Alasan perkongsian 
Syarikat kumpulan Abalta lain, termasuk Abalta Technologies Inc. dan Abalta Technologies, EOOD 
  • Data Identiti atau Kenalan 
  • Data Komunikasi 
  • Data Penggunaan 
  • Data Peranti 
  • Data yang Dikumpul Secara Automatik 
  • Data Lokasi 
  • Data Agregat (bukan Peribadi) 
Untuk menjalankan operasi perniagaan harian kami dan supaya kami dapat mengekalkan, meningkatkan, dan menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian Abalta serta perkhidmatan syarikat yang diperolehi kepada anda. 

Sebagai contoh, membolehkan pekerja kami yang bekerja untuk syarikat kumpulan yang berbeza untuk membangun dan meningkatkan ciri-ciri bagi perkhidmatan dan penyelesaian Abalta. 

Pembekal perkhidmatan pihak ketiga 
  • Data Identiti atau Kenalan 
  • Data Komunikasi 
  • Data Penggunaan 
  • Data Peranti 
  • Data yang Dikumpul Secara Automatik 
  • Data Lokasi 
Supaya mereka dapat menyediakan perkhidmatan mereka kepada Abalta. Pembekal perkhidmatan tersebut termasuk mereka yang kami libatkan untuk: 

  • melakukan perkhidmatan sokongan; 
  • membantu kami dalam memproses data peribadi anda seperti yang diterangkan di atas dalam bahagian 3. (Tujuan Pemprosesan). 

Para pemproses tersebut terlibat di bawah kontrak sah dan dikehendaki untuk mengendali data peribadi anda selaras dengan semua undang-undang privasi dan perlindungan data yang terpakai. 

Penguatkuasa undang-undang dan pihak berkuasa lain, atau pihak lain dalam litigasi 
  • Data Identiti atau Kenalan 
  • Data Penggunaan 
Apabila kami percaya dengan suci hati bahawa ia adalah perlu bagi kami untuk berbuat demikian, sebagai contoh: 

  • untuk mematuhi kewajipan undang-undang 
  • untuk bertindak balas kepada proses undang-undang yang sah (seperti waran geledah, perintah mahkamah, atau sepina) 
  • bagi kepentingan wajar kami sendiri atau pihak ketiga, yang berkaitan dengan: 
  • keselamatan negara 
  • penguatkuasaan undang-undang 
  • litigasi (kes mahkamah) 
  • siasatan jenayah 
  • melindungi keselamatan seseorang 
  • mencegah kematian atau kecederaan tubuh yang akan berlaku 
Pihak ketiga berkaitan dengan pembelian semua atau sebahagian Abalta 
  • Data Identiti atau Kenalan 
  • Data Komunikasi 
  • Data Penggunaan 
  • Data Peranti 
  • Data yang Dikumpul Secara Automatik 
  • Data Lokasi 
Abalta boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga yang berkaitan dengan jualan, pembelian, penggabungan, penyusunan semula, pembubaran Abalta, atau dalam keadaan serupa, termasuk rundingan transaksi sedemikian, kepada pembeli atau bakal pembeli. 

Sekiranya kejadian sedemikian berlaku, kami akan mengambil langkah yang sesuai untuk melindungi data peribadi anda atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai. 

Pihak ketiga lain 
  • Data Identiti atau Kenalan 
  • Data Komunikasi 
  • Data Penggunaan 
  • Data Peranti 
  • Data yang Dikumpul Secara Automatik 
  • Data Lokasi 
Apabila kami percaya dengan suci hati bahawa pendedahan diperlukan: 

  • untuk mematuhi undang-undang, peraturan, perintah mahkamah, atau proses undang-undang lain; 
  • untuk mengesan, mencegah, menyiasat, dan membalas terhadap tuntutan penipuan atau pelanggaran hak cipta, pelanggaran kontrak atau perjanjian kami, pelanggaran undang-undang, atau penyalahgunaan laman web, produk, atau perkhidmatan kami yang lain;  
  • untuk melindungi hak atau harta Abalta atau kesihatan, keselamatan, kesejahteraan, hak, atau harta anda atau orang lain; atau 
  • dalam keadaan serupa. Jika kejadian sedemikian berlaku, kami akan mengambil langkah yang sesuai untuk melindungi data peribadi anda. 
Pihak ketiga lain 
  • Data Identiti atau Kenalan 
  • Data Komunikasi 
  • Data Penggunaan 
  • Data Peranti 
  • Data yang Dikumpul Secara Automatik 
  • Data Lokasi 
Abalta mungkin berkongsi data anda dengan persetujuan anda atau atas permintaan anda. 

6. Modul Aplikasi Web oleh Pihak Ketiga

Sesetengah modul aplikasi web yang dibekalkan oleh pihak ketiga telah digabungkan dalam Aplikasi WebLink Host untuk menjadikan aplikasi mereka tersedia kepada pengguna di WebLink®. Modul aplikasi web tersebut boleh mengumpul data peribadi secara langsung daripada anda. Data peribadi yang dikumpul daripada modul applikasi web tersebut akan diproses selaras denagan dasar privasi masing-masing. Kami menggalakkan anda untuk membaca dasar privasi mereka dengan teliti sebelum anda menggunakan aplikasi tersebut.

7. Pautanpautan Pihak Ketiga

Sesetengah kandungan atau aplikasi pada Laman Web kami mungkin akan dibekalkan oleh pihak ketiga, pembekal kandungan dan pembekal aplikasi, termasuk berikut:

a.Pemalam (Plugins). Laman Web kami mungkin menyediakan pilihan untuk anda menggunakan pemalam yang dikendalikan oleh syarikat media sosial/rangkaian. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan salah satu pemalam tersebut, pemalam tersebut mungkin mengumpul maklumat tentang anda dan menghantarnya kembali kepada syarikat media sosial yang memilikinya. Ini mungkin berlaku walaupun anda tidak mengklik pada pemalam, atau jika anda log masuk ke laman web media sosial/rangkaian yang memiliki pemalam apabila anda melawati Laman Web kami. Data yang dikumpul oleh pemalam adalah tertakluk kepada dasar privasi dan terma syarikat media sosial yang membuatnya. Sekiranya anda tidak mahu syarikat media sosial yang memiliki pemalam mengumpul maklumat tentang anda apabila anda melawati Laman Web kami, sila log keluar daripada rangkaian media sosial sebelum melawati Laman Web kami. Dengan berinteraksi dengan pemalam apabila anda melawati Laman Web kami (contohnya, mengklik butang “likeFacebook), anda memindahkan maklumat ke syarikat media sosial/rangkaian tersebut dengan sengaja. Selanjutnya, sekiranya anda log masuk ke laman web media sosial apabila anda melawati Laman Web kami, maka anda mengarahkan kami untuk berkongsi data anda dengan syarikat media sosial yang memiliki pemalam tersebut.

b. Pautan pihak ketiga. Laman Web kami dan Aplikasi WebLink Host mungkin mengandungi pautan ke laman lain, yang bukan dalam kawalan kami. Laman web tersebut mempunyai dasar dan terma privasi masing-masing, dan kami menggalakkan anda membaca terma-terma dalam dasar dan terma tersebut sebelum berinteraksi dengan laman pihak ketiga.

8. Penyimpanan Data

Kami hanya menyimpan data peribadi anda hanya sepanjang tempoh yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian Abalta kepada anda dan untuk tujuan perniagaan Abalta yang sah dan penting, sepertiyang diterangkan dalam dasar privasi ini, selepas tempoh tersebut kami dan pemproses data kami akan memadam atau menghapuskan data peribadi anda.

Untuk menentukan tempoh penyimpanan yang sesuai untuk data peribadi, kami mempertimbangkan jumlah, sifat dan sensitiviti data peribadi, risiko yang berpotensi daripada penggunaan atau pendedahan data peribadi anda tanpa kebenaran, tujuan kami memproses data peribadi anda dan sama ada kami boleh mencapai tujuan tersebut melalui cara lain, dan keperluan undang-undang yang berkenaan.

Persetujuan nyata anda membenarkan kami menyimpan data peribadi anda untuk tempoh yang lebih lama. Tambahan pula, keperluan undang-undang mungkin memerlukan kami untuk menyimpan sebahagian atau semua data peribadi yang kami pegang untuk tempoh masa yang lebih lama. Sebagai contoh, kami mungkin dikehendaki menyimpan maklumat anda untuk tujuan-tujuan cukai, pelaporan kewangan dan sebab-sebab pematuhan peraturan lain. Apabila kami tidak lagi diperlukan untuk menyimpan data peribadi anda, kami akan memadam, atau menghapuskan data peribadi anda seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

9. Kanak-kanak

Perkhidmatan WebLink® dan Laman Web kami tidak ditujukan untuk kanak-kanak di bawah umur 16 tahun atau umur di mana kebenaran ibu bapa atau penjaga tidak diperlukan di bawah undang-undang privasi yang berkenaan. Kami tidak akan secara sengaja meminta atau mengumpul data peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur tersebut, kecuali seperti yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai. Sekiranya kami mengetahui bahawa kami telah menerima maklumat daripada kanak-kanak di bawah umur tersebut secara langsung tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaganya yang sah, kami akan melaksanakan usaha yang munasabah secara komersial untuk memadamkan maklumat tersebut.

10.Pemindahan Antarabangsa

Abalta merupakan sebuah syarikat antarabangsa, dan kami menyimpan maklumat yang dikumpul dan dijana di mana-mana daerah atau wilayah, termasuk Amerika Syarikat dan Bulgaria, yang mungkin mempunyai undang-undang privasi yang menawarkan tahap perlindungan yang berbeza daripada undang-undang privasi tempat anda tinggal. Jika anda menggunakan Aplikasi WebLink Host atau Laman Web, anda memberi persetujuan kepada pengumpulan, pemindahan, pemprosesan, dan penggunaan data peribadi anda di negara dan wilayah di luar negara yang anda menetap. Kami akan memastikan bahawa data peribadi anda dilindungi dengan sewajarnya oleh Dasar Privasi ini dan mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

Sekiranya anda berada di EEA, kami telah mengambil langkah yang sesuai untuk mematuhi undang-undang dan peraturan untuk memastikan bahawa pemindahan data peribadi ke negara di luar EEA mempunyai tahap perlindungan data yang mencukupi, termasuk seperti berikut:

  • Keputusan Kecukupan (‘Adequacy Decisions’). Ini bermakna bahawa kami memindahkan data peribadi ke negara di luar EEA yang mempunyai undang-undang yang mencukupi untuk melindungi data peribadi, seperti yang ditentukan oleh Suruhanjaya Eropah. Kami memindahkan data peribadi yang diterangkan dalam bahagian 2 (Data Peribadi yang Kami Kumpul Tentang Anda) kepada vendor yang berpangkalan di negara di luar EEA yang mendapat manfaat daripada Keputusan Kecukupan.
  • Klausa Kontrak Standard (‘SCCs’). Klausa-klausa ini memerlukan pihak lain untuk melindungi data anda dan memberikan anda hak-hak dan perlindungan peringkat EU. Kami menggunakan SCCs untuk memindahkan data peribadi yang diterangkan dalam bahagian 2 (Data Peribadi yang Kami Kumpul Tentang Anda) kepada pihak ketiga yang berpangkalan di negara di luar EEA yang tidak mendapat manfaat daripada Keputusan Kecukupan. Anda boleh melaksanakan hak-hak anda di bawah Klausa Kontrak Standard dengan menghubungi kami atau pihak ketiga yang memproses data peribadi anda.

11. Hakhak dan Pilihan Anda

Hak-hak anda mungkin berbeza bergantung pada tempat anda berada. Kami telah mencipta mekanisme untuk memberikan anda kawalan berikut atas maklumat anda.

  • Pemasaran.
  • Sekiranya anda tidak lagi mahu kami menggunakan alamat e-mel anda atau maklumat hubungan lain yang anda berikan untuk mempromosikan atau mengesyorkan produk dan perkhidmatan kami, atau produk atau perkhidmatan pihak ketiga, anda boleh memilih keluar dengan membalas kepada sebarang e-mel promosi yang kami hantar kepada anda atau mengikuti pautan pilih keluar dalam mesej tersebut. Mengakses, Mengemaskini, dan Memadamkan Maklumat Anda. Anda boleh menghubungi kami seperti yang dinyatakan dalam bahagian Hubungi Kami di bawah untuk mengemukakan permintaan-permintaan berikut mengenai data peribadi yang anda berikan kepada kami. Kami mungkin tidak memenuhi permintaan untuk menukar maklumat jika kami percaya perubahan tersebut akan melanggar mana-mana undang-undang atau keperluan undang-undang atau menjejaskan ketepatan maklumat secara negatif.
    • Meminta akses kepada data peribadi, biasanya dikenali sebagai “permintaan akses subjek data” atau “data subject access request,” yang membolehkan anda menerima salinan data peribadi yang kami simpan tentang anda dan untuk memeriksa atau memastikan kami memproses data peribadi tersebut secara sah.
    • Meminta pembetulan data peribadi yang kami simpan tentang anda. Ini membolehkan anda membetulkan sebarang data yang tidak lengkap atau tidak tepat yang kami simpan tentang anda, walaupun kami mungkin perlu mengesahkan ketepatan data baharu yang anda berikan kepada kami.
    • Meminta pemadaman data peribadi anda. Ini membolehkan anda meminta kami memadam atau mengalih keluar data peribadi jika tiada alasan kukuh untuk kami terus memprosesnya. Anda juga mempunyai hak untuk meminta kami memadam atau mengalih keluar data peribadi anda di mana anda telah berjaya menggunakan hak anda untuk membantah pemprosesan (lihat di bawah), di mana kami mungkin telah memproses maklumat anda secara tidak sah atau di mana kami dikehendaki memadamkan data peribadi anda untuk mematuhi undang-undang tempatan. Namun, sila ambil perhatian bahawa kami mungkin tidak dapat sentiasa mematuhi permintaan pemadaman anda atas alasan undang-undang tertentu yang akan dimaklumkan kepada anda, jika berkenaan, pada masa permintaan anda. Jika kami memadamkan data peribadi anda atas permintaan anda, kami mungkin tidak dapat menyediakan perkhidmatan WebLink® kepada anda.
    • (Penduduk EEA dan Mexico sahaja) Membantah pemprosesan data peribadi anda di mana kami bergantung pada kepentingan sah (atau kepentingan sah pihak ketiga) dan terdapat sesuatu tentang situasi tertentu anda yang menyebabkan anda ingin membantah pemprosesan atas alasan tersebut kerana anda rasa ia memberi kesan kepada hak asasi dan kebebasan anda. Dalam sesetengah kes, kami mungkin menunjukkan bahawa kami mempunyai alasan sah yang mendorong untuk memproses maklumat anda yang mengatasi hak dan kebebasan anda.
    • Meminta sekatan terhadap pemprosesan data peribadi anda. Ini membolehkan anda untuk meminta kami untuk menggantung pemprosesan data peribadi anda dalam situasi-situasi berikut:
      • Jika anda ingin kami membuktikan ketepatan data tersebut
      • Di mana anda perlukan kami untuk meyimpan data tersebut walaupun kami tidak lagi memerlukannya atas sebab keperluan anda dalam menubuh, melaksanakan, atau membela tuntutan-tuntutan undang-undang.
      • Anda telah membantah penggunaan data anda oleh kami, tetapi kami perlu mengesahkan sama ada kami mempunyai alasan sah yang mendorong untuk menggunakan data tersebut.
    • Meminta pemindahan data peribadi anda kepada anda atau kepada pihak ketiga (hak kemudahalihan data). Kami akan memberikan kepada anda, atau pihak ketiga yang telah anda pilih, data peribadi anda dalam format berstruktur, biasa digunakan, boleh dibaca mesin. Harap maklum, setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai, bahawa hak ini hanya terpakai kepada maklumat automatik yang telah anda berikan persetujuan pada mulanya untuk kegunaan kami atau apabila kami menggunakan maklumat tersebut untuk melaksanakan kontrak dengan anda.
  • Menarik balik persetujuan pada bila-bila masa di mana kami bergantung pada persetujuan untuk memproses data peribadi anda. Walau bagaimanapun, ini tidak akan menjejaskan kesahihan sebarang pemprosesan yang dijalankan sebelum anda menarik balik persetujuan anda. Jika anda menarik balik persetujuan anda, kami mungkin tidak dapat menyediakan perkhidmatan WebLink® tertentu kepada anda. Kami akan memaklumkan anda jika ini berlaku pada masa anda menarik balik persetujuan anda. Melainkan penyimpanan data peribadi anda diperlukan untuk mematuhi mana-mana undang-undang yang terpakai, kami akan memadamkan data peribadi anda apabila anda menarik balik persetujuan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa penarikan balik persetujuan tidak menjejaskan hak kami untuk terus mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data peribadi di mana pengumpulan, penggunaan dan pendedahan tersebut tanpa persetujuan dibenarkan atau diperlukan di bawah undang-undang yang terpakai.Kami mungkin membuat keputusan automatik tentang anda berdasarkan data peribadi anda yang mungkin menjejaskan akses anda atau perkhidmatan yang diberikan kepada anda. Anda mempunyai hak untuk tidak tertakluk kepada pembuatan keputusan automatik selagi keputusan tersebut tidak diperlukan untuk pelaksanaan kontrak dengan anda atau dikehendaki oleh kewajipan undang-undang. Jika keputusan tersebut perlu dibuat, anda boleh mempertikaikan keputusan automatik tersebut dan meminta intervensi kemanusiaan dalam proses pembuatan keputusan tersebut.
  • Kuki dan Teknologiteknologi Pengumpulan Kuki Automatik. Anda boleh menetapkan penyemak imbas anda untuk menolak semua atau sebahagian kuki penyemak imbas, atau untuk memaklumkan anda apabila laman web menetapkan atau mengakses kuki. Namun, jika anda melumpuhkan atau menolak kuki, sila ambil perhatian bahawa beberapa bahagian laman web ini mungkin tidak boleh diakses atau tidak berfungsi dengan baik.
    • Jika anda berada di Kawasan Ekonomik Eropah (“EEA”), anda juga berhak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan tempatan anda bagi isu perlindungan data, contohnya Pihak Berkuasa Perlindungan Data Bulgaria (Bulgarian Data Protection Authority) di https://www.cpdp.bg atau Pejabat Pesuruhjaya Maklumat UK (UK Information Commissoner’s Office) (ICO) di https://ico.org.uk/. Walau bagaimanapun, kami menghargai peluang untuk menangani kebimbangan anda sebelum anda menghubungi pihak berkuasa penyeliaan tempatan anda, jadi sila hubungi kami pada mulanya menggunakan butiran hubungan dalam bahagian Hubungi Kami.

Untuk melaksanakan hak subjek data anda, sila hantar permintaan anda, melalui mana-mana kaedah yang dinyatakan di bahagian Hubungi Kami.

12. Keselamatan Data

Keselamatan data peribadi anda sangat penting bagi kami. Kami menggunakan perlindungan fizikal, elektronik dan pentadbiran yang direka untuk melindungi data peribadi anda daripada kehilangan, penyalahgunaan, dan akses, penggunaan, pengubahan atau pendedahan yang tidak dibenarkan. Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama yang munasabah diperlukan untuk memenuhi tujuan kami mengumpulkan data peribadi tersebut. Dalam memberikan anda perkhidmatan WebLink®, kami mengehoskan data berkaitan WebLink, termasuk data peribadi anda, pada pelayan Amazon Web Service (AWS), dan seperti yang diterangkan di atas, kami menggunakan Google Analytics untuk Firebase dan Firebase Crashlytics. Untuk pensijilan keselamatan yang dimiliki oleh perkhidmatan AWS dan Google Firebase, sila lihat halaman web berikut:

AWS: https://aws.amazon.com/compliance/iso-certified/

Google Firebase: https://firebase.google.com/support/privacy#certifications

Kami akan terus menambahbaik perlindungan fizikal, elektronik dan pentadbiran kami. Namun, persekitaran Internet tidak 100% selamat, dan kami tidak dapat menjamin bahawa maklumat yang kami kumpulkan tidak akan diakses dengan cara yang tidak dibenarkan. Sekiranya Abalta menemui sebarang pelanggaran data peribadi, kami akan memaklumkan subjek data yang berkenaan tentang pelanggaran tersebut seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan.

13. Perubahan Kepada Dasar Privasi Ini

Perubahan kepada Dasar Privasi ini akan disiarkan pada laman web ini, bersama-sama dengan maklumat mengenai sebarang perubahan penting. Kami berhak untuk mengemas kini atau mengubah suai Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dan tanpa notis terlebih dahulu. Sekiranya perubahan yang dibuat pada Dasar Privasi kami adalah besar, kami akan menghubungi anda sebelum perubahan tersebut berkuat kuasa.

14. Pendedahan Tambahan bagi Penduduk Australia

Sekiranya anda seorang penduduk Australia, sila layari https://helloweblink.com/wlprivacy-australia.

15. Pendedahan Tambahan bagi Penduduk Brazil

Sekiranya anda seorang penduduk Brazil, sila layari https://helloweblink.com/wlprivacy-brazil-english dalam bahasa Inggeris atau https://helloweblink.com/wlprivacy-brazil-portugues dalam bahasa Portugis. 

16. Pendedahan Tambahan bagi Penduduk California

Sekiranya anda seorang penduduk California, sila layari https://helloweblink.com/wlprivacy-california/.

17. Pendedahan Tambahan bagi Penduduk India

Sekiranya anda seorang penduduk India, sila layari https://helloweblink.com/wlprivacy-india.

18. Pendedahan Tambahan bagi Penduduk Indonesia

Sekiranya anda seorang penduduk Indonesia, sila layari https://helloweblink.com/wlprivacy-indonesia-english dalam bahasa Inggeris atau https://helloweblink.com/wlprivacy-indonesian dalam bahasa Indonesia.

19. Pendedahan Tambahan bagi Penduduk Jepun

Sekiranya anda seorang penduduk Jepun, sila layari https://helloweblink.com/wlprivacy-japanese dalam bahasa Jepun atau https://helloweblink.com/wlprivacy-japanese-english dalam bahasa Inggeris.

20. Pendedahan Tambahan bagi Penduduk Malaysia

Sekiranya anda seorang penduduk Malaysia, sila layari https://helloweblink.com/wlprivacy-malaysia.

21. Pendedahan Tambahan bagi Penduduk Mexico

Sekiranya anda seorang penduduk Arab Saudi, sila layari https://helloweblink.com/wlprivacy-mexico.

22. Pendedahan Tambahan bagi Penduduk Thailand

Sekiranya anda seorang penduduk Thailand, sila layari https://helloweblink.com/wlprivacy-thailand atau https://helloweblink.com/wlprivacy-thailand-english dalam bahasa Inggeris. 

23. Hubungi Kami

Permintaan Subjek Data:

Untuk menggunakan hak subjek data anda, sila hantar permintaan anda melalui Borang Permintaan Subjek Data kami, atau hubungi kami melalui mana-mana kaedah berikut.

Pertanyaan lain:

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang Dasar Privasi ini atau penggunaan data peribadi anda oleh kami, sila hubungi kami:

Abalta Technologies, Inc.

3655 Nobel Drive, Suite 550 San Diego, CA 92122

Bagi pertanyaan berkenaan GDPR dan permintaan hak subjek data atau untuk menghubungi Pegawai Perlindungan Data/Pegawai Aduan kami Svetoslava Pavlova, sila emel kami di gdpr@abaltatech.com atau hantarkan pertanyaan dan permintaan anda ke alamat pos berikut:

Abalta Technologies, EOOD

Office A, Floor 4, 2 Ivan Abadzhiev Street,

1784, Sofia, Bulgaria