Notis Privasi WebLink untuk Penduduk Malaysia  

Tarikh Kuat Kuasa: 1 Mac 2024 | Kemaskini Terakhir Pada: 1 Mac 2024

Sekiranya anda adalah penduduk Malaysia, perkara berikut akan terpakai: 

  • Perubahan kepada Dasar Privasi. Jika kami membuat sebarang perubahan penting atau material kepada Dasar Privasi, kami akan memaklumkan anda dengan meletakkan notis yang ketara pada Laman Web dan dalam Aplikasi Host WebLink. Jika dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai, kami akan memperoleh persetujuan anda terhadap perubahan tersebut, kalau tidak, penggunaan berterusan perkhidmatan kami oleh anda selepas sebarang kemas kini berkuat kuasa akan dianggap sebagai penerimaan perubahan tersebut. Jika anda tidak menerima sebarang kemas kini kepada Dasar Privasi ini, anda harus berhenti menggunakan perkhidmatan kami. 
  • Ayat berikut ditambahkan dibawah bahagian 2 (Data Peribadi yang Kami Kumpulkan Mengenai Anda): 

Pemberian data peribadi anda adalah wajib. Sekiranya anda tidak memberikan data peribadi anda, Abalta tidak akan dapat menyediakan perkhidmatan WebLink® kepada anda.  

  • Bahagian 9 (Kanak-kanak) dipinda seperti berikut: 
  1. Kanak-kanak

Perkhidmatan WebLink® dan Laman Web kami tidak ditujukan untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Kami tidak akan meminta atau mengumpul data peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dengan sengaja, kecuali seperti yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai. Sekiranya data peribadi kanak-kanak diberikan kepada kami, anda, sebagai ibu bapa atau penjaga sah mereka dengan ini memberi persetujuan kepada kami untuk memproses data peribadi kanak-kanak tersebut dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Dasar Privasi ini dan bertanggungjawab atas tindakan kanak-kanak tersebut.  

  • Bahasa Notis Privasi ini  

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.